Walaupun dah lewat dan rahsia tapi saya perlu bersuara - Najib dedah bukti beliau bersih dari tuduhan
Bekas perdana menteri Malaysia, Dato seri Najib Tun Razak mengambil keputusan untuk mendedahkan segala dokumen melibatkan penerimaan duit yang didakwa beliau mampu membersihkan nama beliau yg sudah tercalar. Najib telah memuat naik salinan sepucuk surat yang dikatakan sebelum ini merupakan rahsia antara beliau dengan Raja Abdullah iaitu Raja Arab Saudi. Memandangkan sekarang beliau bukan lagi siapa siapa dimata rakyat dan Raja Abdullah telah mangkat maka inilah masa yang sesuai untuk membela diri. Katanya lagi dalam laman fb.
Surat atau dokumen ini telah diperolehi dari bank dengan bantuan peguam beliau walaupun memakan masa yang agak lama. Dokumen yang diperolehi adalah untuk sumbangan untuk tahun 2011 sahaja. Dokumen sokongan ini akan mampu membersihkan nama beliau terhadap wang haram.
Ramai juga natizen yang berpendapat kenapa baru sekarang dan bukanya dari awal? Malah ada juga yang menafikan pemberian tersebut kerana Najib bukan merupakan pemimpin yang layak.
Dalam satu wawancara yang dibuat beliau tetap bertegas yang mengatakan wang yang diterima adalah derma dari keluarga diraja. Surat yang beliau tunjukkan mempunyai persamaan dengan satu lagi surat yg didedahkan oleh ABC Australia pada suatu ketika dahulu cuma berbeza tarikh dan jumlah wang yang dijanji untuk diderma.
Baca Juga
Dimana kebenaran dokumen Najib ini? Sama sama lah kita nantikan kemunculanya.