Akhirnya jantina sajat di dedahkan oleh ibunya..
Usahawan kosmetik yang sering mendapat gosip meluas oleh media-media tempatan adalah nur sajat atau nama penuhnya iaitu nur sajat faiz beliau di lahirkan pada 1985.
Nama panggilan beliau oleh pihak media ialah sajat di mana beliau dikenali sebagai seorang pondan di mana beliau dikhabarkan dilahirkan dengan dua alat kelamin.
Baca Juga
Terbaru ibubapanya telah pergi ke pejabat jabatan agama islam malaysia (JAKIM ) yang terletak di petaling jaya dan menemui penolong pengarah kanan cawangan sosial bahagian pembangunan keluarga sosial dan komuniti jakim iaitu dr.mohd izwan mohd yusuf bagi mendapat kepastian sebenar tentang identiti jantina nursajat.
Dengan kehadiran kedua ibubapa nursajat yang mengakui telah mengangkat sumpah bahawa anaknya iaitu nursajat faiz adalah seorang khunsa yang dilahir kan dengan dua alat kelamin telah menutup segala cakap-cakap buruk tentang diri beliau.
Beliau juga di percayai telah mengambil sepasang anak kembar untuk di jadikan angkat.Anak itu diberi nama nur syaza sajidah dan muhammad shahmi.Pada mulanya beliau agak keberatan untuk mengambil anak angkat namun mengetauhi bahawa ibu kepada anak angkatnya tergolong dalam golongan kurang berkemampuan lantas membuat nursajat berubah fikiran.
Akhirnya beliau setuju untuk mengambil anak angkat tersebut namun begitu beliau memberikan sedikit bantuan kewangan kepada ibu tersebut bagi meringankan beban kewangan beliau.